Keadaan Ai Ogura selepas menjalani pembedahan akibat kecederaan yang dialami di GP British

MC

Barcelona, Selasa, 27 Mei: Ai Ogura telah menjalani pembedahan “keyhole” yang berjaya untuk merawat tulang retak di bahagian atas tibia kanan, betul-betul di bawah lutut. Imbasan MRI pada Isnin menunjukkan terdapat serpihan tulang kecil yang turut tertanggal, dan ia telah dibuang semasa pembedahan selama 30 minit itu. Selepas pembedahan, doktor mengesahkan semuanya berjalan lancar dan Ai kini telah memulakan proses pemulihan.

Berdasarkan hasil pembedahan dan laporan perubatan, pasukan berharap Ai dapat kembali berlumba dalam Grand Prix Aragon yang akan datang, tetapi kemajuannya akan dipantau dan penilaian kecergasan selanjutnya akan dibuat sebelum hujung minggu perlumbaan.

Ai Ogura berkata:

“Pembedahan sudah selesai dan semuanya berjalan lancar. Saya rasa keadaan lutut saya agak baik. Saya perlukan sedikit masa untuk pulih sepenuhnya. Agak sukar, tapi kita akan lihat sama ada saya boleh sertai perlumbaan di Aragon. Saya sedang berusaha untuk pulih, tapi dalam situasi begini, tidak banyak yang boleh dilakukan. Saya akan lakukan yang terbaik untuk bersedia ke perlumbaan seterusnya.”

Semoga Cepat Sembuh Ai Ogura!
Selamat Kembali Beraksi!

Teruskan Bersama Two Wheels..!!

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives