
Pusingan kedua Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysia Cub Prix 2025 yang berlangsung di Litar Tangkak berakhir semalam dengan pelbagai cabaran, namun tetap membuka lembaran positif buat pasukan HJ x TW Racing.
Meskipun berdepan kesulitan dalam sesi awal hari Sabtu, pasukan menunjukkan kebangkitan memberangsangkan apabila berjaya menemui talaan yang tepat menjelang hari perlumbaan. Hasilnya, jentera pasukan bersaing di kelompok hadapan pada perlumbaan akhir, satu pencapaian yang mencerminkan komitmen tinggi seluruh kru dan pelumba.
Namun, seperti yang sering berlaku dalam dunia perlumbaan, tidak semua berjalan lancar. Kesilapan teknikal yang berlaku di pertengahan perlumbaan memaksa jentera keluar dari saingan seketika. Walaupun sempat re-join pada pusingan terakhir, masa yang hilang terlalu besar untuk mengejar semula kedudukan.
Pengurus pasukan, saudara Herman, berkongsi pandangan beliau mengenai prestasi pasukan di pusingan ini, satu penilaian jujur yang membina asas bagi pusingan-pusingan akan datang.
Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan strategik dan penaja yang terus memberi kepercayaan serta sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan kami. Tanpa anda, perjalanan ini tidak mungkin menjadi kenyataan.
Teruskan menyokong TW Racing..!