Harley – Davidson rasmi sertai MotoGP

Wandi

Dalam diam rupanya pihak pengeluar motorsikal terkemuka dunia, Harley-Davidson telah mengorak langkah untuk memahatkan nama supaya lebih kekal dan diminati.

Baru-baru ini satu usaha sama telah terjalin antara Harley Davidson dengan Dorna selaku penganjur MotoGP. Kini sah bahawa perlumbaan ‘beggars’ akan memeriahkan acara perlumbaan di MotoGP sebagai perlumbaan sokongan seperti mana MotoE.

Perlumbaan Harley Davidson ini bukan baharu di dunia kerana mereka telah pun menempa nama di kejohanan Moto America. Ia menarik perhatian para penonton kerana kagum melihat aksi yang amat mendebarkan. Ia membabitkan jentera yang besar, berat tetapi cukup pantas. Ngauman bunyi enjin dan ekzosnya yang sudah menjadi ikonik kepada Harley Davidson juga menggegarkan jantung setiap pengunjung yang berada di litar.

Pastinya acara perlumbaan ini akan memberi impak yang positif terutama kepada jumlah kehadiran penonton dan penjualan tiket. Perlumbaan tersebut akan berlangsung di 6 tempat pada kalendar MotoGP yang merangkumi kawasan Eropah dan Amerika yang bermula pada tahun hadapan.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
2.1k views

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives