
🇲🇾 Jerez, Sepanyol | 28 Mei 2025 — Pelumba muda negara, Hakim Danish, kembali beraksi di pentas antarabangsa! Selepas sibuk dengan perlumbaan dan ujian sejak Mac lalu, Danish sempat pulang ke Malaysia selama enam hari sahaja sebelum berlepas semula ke Sepanyol pada 27 Mei untuk menyertai Pusingan Kedua FIM JuniorGP World Championship.
Danish sebelum ini menunjukkan aksi hebat apabila berjaya meraih tempat kedua dalam semua perlumbaan Red Bull MotoGP Rookies Cup dan FIM JuniorGP yang disertainya – satu pencapaian yang sangat membanggakan!
Kini, fokus Danish tertumpu kepada Circuito de Jerez, litar sepanjang 4.42km yang mencabar dengan 13 selekoh dan laluan lurus sejauh 607 meter. Menariknya, dia pernah beraksi di sini dalam pusingan pertama Rookies Cup dan berjaya naik podium. Pengalaman ini pasti jadi kelebihan buatnya minggu ini!
Turut bersama Danish di Sepanyol ialah Zulfahmi Khairuddin, Pengurus Pasukan SIC Racing-MSI, yang akan memberi sokongan moral dan teknikal sepanjang perlumbaan.
Dua perlumbaan akan berlangsung Ahad ini, dan anda boleh tonton secara langsung di:
📺 YouTube Live
🔗 Klik sini
📱 Facebook Live
🔗 Klik sini

Ayuh kita beri sokongan penuh kepada Danish — Demi Malaysia! 🇲🇾🏁
Teruskan Bersama Two Wheels..!!