GR86 Cup Malaysia 2025: Perlumbaan One-Make Paling Dinanti Kini Tiba di Sepang!

MC


Malaysia bakal menyaksikan satu lagi pencapaian penting dalam arena perlumbaan tempatan dengan pengenalan siri perlumbaan baharu – GR86 Cup Malaysia Series 2025! Menampilkan jentera sport coupe terkini, Toyota GR86, siri perlumbaan one-make ini menjanjikan aksi kompetitif yang sengit dan adil, dengan keutamaan kepada kemahiran pemanduan sebenar.

Dianjurkan oleh Haro Sports & Entertainment Sdn Bhd, GR86 Cup Malaysia Series akan membuat kemunculan sulungnya sebagai perlumbaan sokongan semasa pusingan SUPER GT Malaysia, dari 26 hingga 28 Jun 2025 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Siri ini akan menampilkan dua perlumbaan 10 pusingan, menjanjikan saingan sengit antara pelumba terbaik tempatan dan serantau.

Siri ini akan berlangsung sebanyak tiga pusingan:

  • Pusingan 1: Perlumbaan Sokongan kepada SUPER GT 2025
  • Pusingan 2: Bersama perlumbaan Malaysia Championship Series 300km
  • Pusingan 3 (Akhir): Perlumbaan kemuncak sepanjang 86 pusingan!

*“GR86 Cup direka khas sebagai siri perlumbaan kompetitif yang masih mampu milik – platform terbaik untuk pelumba amatur dan profesional naik ke tahap seterusnya tanpa jurang kelebihan teknologi. Di sini, kemahiran sebenar pemandu menjadi penentu utama,” kata Fahrizal Hasan, Rakan Kongsi Pengurusan Haro Sports & Entertainment.

Hanya 30 unit ditawarkan! Kereta perlumbaan GR86 Cup ini diimport terus dari Jepun dan dijual pada harga RM208,315.00 (termasuk AP sukan permotoran & cukai jualan), siap dihantar ke Litar Sepang.

Spesifikasi utama:

Kereta Asas Kejuaraan Perlumbaan One Make Toyota GR86
  • Enjin 2.4L Boxer 4 silinder NA dengan sistem suntikan D-4S
  • Kuasa maksimum: 228 HP @ 7,000 rpm
  • Tork: 250 Nm @ 3,700 rpm
  • Transmisi manual 6-kelajuan dengan LSD Torsen dan sistem penyejuk kotak gear
  • Sistem klac Cusco tahan lasak untuk kegunaan perlumbaan
  • Berat keseluruhan (dengan pemandu): ~1290kg


Prestasi maksimum turut disokong dengan:

  • Sistem ekzos penuh daripada Fujitsubo
  • Sistem brek ADVICS: 4-piston monobloc (depan), 2-piston (belakang)
  • Cakera brek hadapan 345 x 30mm dan cakera belakang 330 x 26mm
  • Suspensi KW Racing dengan teknologi strut terbalik
  • Tayar Bridgestone Potenza RE-71RS 225/45R17
  • Rim aloi ringan Raxer RP10X 17” (8jj)

Kereta ini bukan sahaja pantas, malah dibina dengan piawaian keselamatan tertinggi:

  • Roll cage khas dengan 6 titik dan bar sisi – melebihi standard minimum JAF
  • Tempat duduk bucket Bride ZETA FIA approved
  • Tali pinggang keselamatan 6-point Hans Compatible
  • Sistem pemadam kebakaran terpasang untuk situasi kecemasan di litar

Kereta GR86 Cup tidak sah untuk kegunaan di jalan raya dan direka sepenuhnya untuk perlumbaan, mematuhi peraturan kategori SP1 Siri Kejuaraan Malaysia 2025 (MCS). Hanya 30 unit ditawarkan secara first-come, first-serve – rebut peluang untuk jadi sebahagian daripada sejarah permotoran Malaysia!

Berminat untuk berlumba dalam GR86 Cup Malaysia Series 2025? Hubungi Haro Sports & Entertainment Sdn Bhd:

📞 Fahrizal Hasan – 012-9059619 / ✉️ fahrizal@haro.my
📞 Raja Zaini – 019-3675667 / ✉️ raja@haro.my
📞 Yamin Shafie – 012-6151650 / ✉️ yamin@haro.my

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
2.2k views

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives