Gaya, Prestasi, dan Tradisi: Lambretta Perkenal Barisan Skuter Baharu yang Mengujakan di Malaysia sempena Malaysia Autoshow 2025

MC

Kuala Lumpur, MALAYSIA, 8 Mei 2025Ikon gaya Itali klasik dengan sentuhan moden-retro, Lambretta secara rasmi melancarkan dua model skuter terbarunya – Lambretta X300GT dan G350 Series II di Malaysia Autoshow 2025 hari ini. Dalam masa yang sama, Lambretta Malaysia turut mengacah dua model akan datang – Lambretta J200 ‘Starwave’ dan Elettra, skuter elektrik pertama dari Lambretta yang bersedia untuk merubah landskap mobiliti bandar dengan gaya, prestasi dan ketukangan yang tiada tandingan.

🚀 Grand Touring Dengan Gaya: Lambretta X300 GT

Lambretta X300 GT (Grand Touring) tampil dengan reka bentuk baharu yang penuh gaya serta aksesori lengkap untuk perjalanan yang penuh karakter. Gabungan sempurna antara klasik abadi dan ciri-ciri moden yang praktikal!

Model ini menampilkan reka bentuk tempat duduk baru yang mengambil inspirasi daripada garisan klasik Lambretta, ditambah dengan rak belakang bergaya baharu – sempurna untuk kegunaan harian atau pengembaraan hujung minggu anda.

Ciri-ciri lain yang mencuri perhatian termasuk:

  • Penutup sisi keluli premium dengan corak logo Checker Board X300 GT – lambang klasik yang membawa warisan Lambretta.
  • Perisai hadapan khas yang direka khusus untuk model ini.
  • Sistem lampu LED PENUH dengan reka bentuk unik, termasuk lampu depan heksagon ikonik dan lampu belakang kristal 7-bar eksklusif dengan sistem IFS (Integrate-Function Signals) – satu lampu untuk signal, lampu kecemasan dan brek.

X300 GT turut dilengkapi:

  • Paparan TFT dengan sambungan telefon pintar, 5 tema antaramuka & 6 tahap kecerahan.
  • Suspensi Double Arm-Link boleh laras 7 tahap untuk keselesaan optimum.
  • Brek cakera Dual-channel ABS untuk keselamatan berganda.
  • Enjin 275cc Lambretta Super Performance (LSP) dengan teknologi suntikan moden dan reka bentuk logo unik.

💸 Harga: RM 26,800
🎨 Warna: Light Grey dan Super Black

🔧 Dari Warisan Ke Masa Depan: Lambretta G350 Series II


G350 Series II kembali dengan wajah baharu – gaya yang diperbaharui dan prestasi dipertingkatkan! Masih mengekalkan lencana G250 klasik, kini dengan hiasan sisi baharu yang menambah karakter eksklusif.

Ciri utama G350 Series II termasuk:

  • Sistem brek ABS moden dan suspensi Double Arm-Link untuk kawalan maksimum.
  • Sistem pencahayaan LED penuh dengan reka bentuk heksagon ikonik Lambretta – gabungan warisan dan teknologi moden.
  • Lampu belakang dengan logo Lambretta terselit di dalam cahaya – perincian estetik yang unik dan elegan.
  • Port USB tersembunyi dalam glove box – kekal berhubung di mana sahaja anda menunggang.

💸 Harga: RM 29,800
🎨 Warna: Bianco-Rosso, Grigio-Bianco dan Nero-Bianco

Elettra & J200 ‘Starwave’: Masa Depan Sudah Dekat!

Dalam penampilan sulung di Malaysia Autoshow 2025, Lambretta turut mempamerkan model akan datang – Elettra (skuter elektrik pertama Lambretta) dan J200 ‘Starwave’, yang dijangka masuk pasaran Malaysia tahun hadapan.

🔋 Elettra – Revolusi Senyap

  • Reka bentuk tajam di bahagian depan dengan garisan lembut di belakang.
  • Paparan futuristik terbina dalam pemegang.
  • Lampu belakang direka dalam badan skuter.
  • Kombinasi teknologi, seni reka dan semangat – dicipta untuk masa depan.

🌟 J200 ‘Starwave’ – Gaya Ikonik, Guna Moden

  • Reka bentuk diinspirasikan dari siri J klasik.
  • Ciri tersendiri: komponen hadapan boleh tukar, mudguard boleh ubah suai, dan aksesori yang boleh dijadikan beg bergaya – personalisasi tanpa had!

📢 Dapatkan Lambretta X300 GT dan G350 Series II sekarang di seluruh Malaysia!

Untuk info lanjut, pertanyaan atau tempahan, lawati:
🌐 https://lambrettascooters.com/my/
📱 Ikuti Lambretta Malaysia di Facebook & Instagram untuk berita terkini!

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
1.5k views

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives