Enea Bastianini kekal guna apa yang telah sedia ada.

Wandi

Pembangunan dan penambah baikan amat diperlukan supaya jentera terus maju dan mampu bersaing di kelompok hadapan. Setiap pengeluar pastinya tidak henti-henti mencari idea untuk melajukan lagi jentera-jentera mereka.

Di Kem KTM, empat pelumba mereka merupakan juara dunia di arena MotoGP sekaligus menjadi antara kumpulan terkuat di atas kertas. Maka tidak diragukan lagi berkenaan kemampuan dan kebolehan masing-masing yang mana boleh dikatakan luar biasa.

Dalam usaha menaikkan nama KTM di MotoGP, para jurutera dan pengurusan telah berhempas pulas dalam menghasilkan RC16 yang berdaya saing tinggi. Terbaru mereka telah melengkapkan jentera kepada tiga pelumba mereka iaitu Maverick, Acosta dan Binder dengan kelengkapan baru namun tidak buat Enea.

Hal ini menjadikan Enea Bastianini yang juga bekas juara dunia Moto2 agak ketinggalan pada setiap minggu perlumbaan. Aksinya amat sukar dilihat pada kaca tv kerana beliau tidak mampu untuk berada di kelompok hadapan seperti mana rakan-rakannya yang lain.

Faktor kemajuan jentera bukanlah satu hal yang remeh temeh malah amat perlu diberi perhatian supaya seseorang pelumba dapat melepaskan semaksima mungkin kemampuan yang dimiliki.

Tidak dapat dipastikan mengapa KTM seolah-olah menyisih Enea sedangkan Maverick juga pelumba di pasukan satelit tetapi mendapat perhatian yang lebih baik berbanding dirinya. Jawapan di sudut positif, kita boleh mengandaikan bahawa mungkin KTM kini mahu memastikan pembaharuan yang dibuat sudah benar-benar berjaya meningkatkan kemampuan jentera kemudian barulah Enea akan turut dapat menggunakannya.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives