
Seperti yang dilapor sebelum ini, Marc Marquez lebih inginkan jentera yang lebih ‘berat’ di bahagian hadapan kerana beliau sememangnya seorang pelumba yang sangat kritikal kepada ‘front end’.
Atas apa yang dikaji oleh para jurutera Ducati maka terhasillah chassis baru yang mana di atas kertas akan membuatkan Marc menjadi lebih laju. Marc mengujinya pada sesi ‘free practice’ lalu dan mendapati ia dapat menambah kelajuan yang sedia ada.
Selepas itu Marc telah memutuskan untuk menggunakan sepenuhnya chassis baru tersebut maka kedua-dua jentera beliau telah dilengkapkan dengan pembaharuan itu. Ini bermakna Desmosdici Marc ialah satu-satunya yang lain daripada semua pelumba Ducati.
Francesco Bagnaia tidak sukakan perubahan tersebut maka beliau telah memilih untuk kekal dengan apa yang sedia ada kerana menurutnya apa yang masih hilang ialah ‘feeling’ seperti tahun lalu. Tiada guna ditambah baik perkara yang belum dirasakan cukup bagus. Pecco lebih memilih untuk menggunakan masa yang ada bagi mengubah ketetapan supaya ‘feeling’ nya kembali.
Bagi Marc pula, beliau tidak kisah apa yang ingin diberikan oleh Ducati asalkan terbukti pada kajian bahawa ia mampu memberinya lebih kelajuan maka beliau akan serasikan diri supaya apa yang dibangunkan itu terbukti benar.