
Usai Jerez test lepas, pihak Ducati telah mengeluarkan chassis baru untuk diuji oleh Marc Marquez. Keputusannya Marc amat menyukainya dan telah menggunakan chassis tersebut pada kedua-dua jentera beliau pada peelumbaan FrenchGP semalam.
Seorang lagi pelumba utama Ducati iaitu Fabio DiGiannantonio nampaknya tidak mendapat peluang untuk menguji chassis baru itu. Ini memandangkan Pecco telah membuat keputusan bahawa beliau ingin kekal dengan pakej apa yang sedia ada tanpa perubahan. Oleh kerana Pecco sebagai pelumba kilang tidak membuat ujian terhadap chassis itu maka DiGia juga tidak berpeluang untuk mencuba.
Jelas keadaan di pihak Ducati bahawa pelumba utama yang berada di pasukan satelit tidak semudahnya mendapat pakej terbaru sekiranya pelumba-pelumba kilang tidak menggunakannya.