Bulega kian meningkat dan menarik minat ramai pihak.

Wandi

Nicolo Bulega merupakan satu jaguh motorsikal dunia yang meningkat naik buat masa ini. Beliau kini di tahun kedua bersaing dalam kejohanan wsbk bersama Ducati setelah bergelar juara dunia di kelas wssp pada Tahun 2023. Keberadaannya di kategori utama nampaknya sungguh dirasai kerana di tahun pertama sahaja beliau sudah pun bersaing hebat dengan Toprak Razgatlioglu namun akhirnya kecundang untuk bergelar juara.

Walaubagaimanapun, di tahun kedua ini Bulega sememangnya fokus untuk berjaya merampas gelaran yang dipegang oleh Toprak bersama BMW. Sehingga waktu ini Bulega masih mendominasi kedudukan tertinggi kejohanan di atas Toprak.

Dikhabarkan BMW amat berminat untuk mendapatkan khidmat pelumba dari Itali tersebut kerana dilihat tampil begitu kuat dan konsisten di setiap pusingan perlumbaan. Semangat juangnya juga amat tinggi dan sukar untuk berputus asa. Ia hampir sama dengan karakter Toprak Razgatlioglu.

BMW mengatur langkah sebaiknya supaya berjaya merekrut Bulega selepas ini kerana berkemungkinan besar mereka akan kehilangan Toprak. Pelumba Turki tersebut dikatakan sedang menimbang untuk beralih ke MotoGP seawal tahun hadapan.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
2k views

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives