BRAAAP Motorsports Bersedia Hadapi MSBK Round 1 Minggu Ini

Mohd Osman

Musim baru Malaysia Superbike Championship (MSBK) 2025 bakal membuka tirainya hujung minggu ini, dan Braaap Motorsports tampil dengan keyakinan tinggi apabila buat pertama kalinya menghantar dua jentera penuh dalam kategori 250A.

Jika sebelum ini mereka hanya menyertai dengan gandingan seorang pelumba A dan satu B, kali ini pasukan tampil lebih agresif dengan dua pelumba utama di bawah nama NOMONEY RACING BY BRAAAP WITH ESTREMO.

Dengan sokongan padu daripada Estremo Malaysia dan kerjasama teknikal bersama Raynorton Motorsport, barisan pelumba mereka dalam kategori A terdiri daripada:

Md Amirul Affiq Ahmad Solikhin – Honda CBR250RR
Md Haziq Md Fairues – Honda CBR250RR

Langkah ini menunjukkan komitmen Braaap Motorsports untuk bersaing lebih kompetitif di pentas MSBK 250A, sambil menguji strategi dan kekuatan jentera dalam musim yang dijangka sengit.

Adakah kombinasi baharu ini mampu mencipta kejutan? Sama-sama kita nantikan aksi Round 1 minggu ini di Litar Antarabangsa Sepang!

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
1.7k views

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives