BMW M Award 2025: Bayangan Menarik Jika Marc Marquez Menang Hadiah Kereta Edisi Khas VR46

Mohd Osman

Musim MotoGP 2025 bukan sahaja menjanjikan aksi mendebarkan di litar, tetapi juga drama luar litar yang penuh simbolik menerusi anugerah berprestij iaitu BMW M Award. Anugerah ini dianugerahkan kepada pelumba dengan prestasi kelayakan paling konsisten sepanjang musim, dan pemenangnya bakal membawa pulang sebuah kereta BMW edisi istimewa.

Pada perlumbaan terdahulu, BMW telah mempamerkan sebuah jentera istimewa, BMW M4 CS Edition VR46 di kawasan paddock MotoGP, satu kebiasaan yang sering dilakukan untuk mempamerkan model-model yang mungkin dijadikan hadiah tahunan. Kereta ini direka dengan elemen rekaan dan warna identiti milik legenda MotoGP, Valentino Rossi, serta jenama ikoniknya, VR46. Walaupun tiada pengesahan rasmi bahawa model ini akan dijadikan hadiah untuk pemenang tahun ini, spekulasi hangat telah pun tersebar di kalangan peminat dan media.

Jentera Rossi Edition yang dipamerkan pada acara MotoGP yang dikongsi oleh GPOne.com https://www.gpone.com/en/2025/04/24/motogp/will-it-be-a-bmw-mc-cs-edition-vr46-up-for-grabs-for-the-2025-poleman.html

Kini bayangkan senario menarik jika Marc Marquez, bekas musuh ketat Rossi, memenangi BMW M Award dan membawa pulang kereta edisi khas VR46 tersebut. Hubungan tegang antara mereka susulan insiden kontroversi di Sepang 2015 masih kekal dalam ingatan ramai peminat. Maka, kemenangan ini bukan sahaja simbolik, tetapi juga sarat dengan ironi.

BMW M4 CS Edition VR46 dilancarkan sempena penglibatan Rossi sebagai pelumba BMW di perlumbaan GT

Lebih menarik, Marc Marquez kini terikat kontrak bersama Audi, jenama di bawah kumpulan Volkswagen adalah pesaing utama BMW. Maka, seorang pelumba tajaan Audi menerima hadiah BMW edisi khas bertemakan Valentino Rossi adalah satu babak luar biasa yang pasti mengundang reaksi daripada pelbagai pihak.

Mengikut prestasi semasa, Marc Marquez telah meraih 4 Pole dalam 5 perlumbaan terakhir dan ini menunjukkan Marc salah seorang pelumba yang berpotensi memenangi hadiah tersebut.

Jika benar BMW M4 CS Edition VR46 dijadikan hadiah, dan Marquez memenanginya, ia bukan sahaja menandakan kecemerlangan kelayakan beliau, tetapi juga membuka satu episod baharu dalam naratif MotoGP. Ianya adalah gabungan sejarah, simbol, dan ironi yang menyatukan dua ikon terbesar sukan ini dalam satu bingkai yang penuh emosi.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
2k views

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives