Bagnaia: “Marc Marquez Sembunyikan Masalah Sebenar Ducati”

Mohd Osman

Francesco Bagnaia mengakui bahawa kegagalan Ducati di British MotoGP bukan sekadar nasib malang, tetapi petunjuk kepada masalah teknikal yang lebih besar iaitu masalah yang menurutnya telah ‘diselindungi’ oleh prestasi cemerlang Marc Marquez sepanjang hujung minggu perlumbaan.

Dalam perlumbaan yang dihentikan sementara akibat kemalangan, pada awalnya menunjukkan potensi untuk bersaing di hadapan bersama Fabio Quartararo. Namun selepas tayar belakang ditukar untuk perlumbaan semula, segala-galanya berubah, cengkaman hilang, motosikal sukar dikawal, dan akhirnya dia terjatuh di selekoh tujuh.

Bagnaia tidak menafikan kecewa dengan insiden itu, tetapi lebih bimbang dengan trend prestasi Ducati yang semakin membimbangkan.

“Marc sebenarnya menyembunyikan masalah yang kami hadapi sepanjang minggu ini. Dia buat kerja yang luar biasa, tapi realitinya, jentera kami bermasalah,” jelasnya.

Beliau turut menyatakan bahawa tanpa masalah mekanikal yang menimpa Quartararo dalam permulaan kedua, kemungkinan besar tiada satu pun jentera Ducati akan berada di atas podium, sesuatu yang luar biasa bagi pasukan yang sering mendominasi musim ini.

“Pasukan lain makin maju, tapi kami macam tersekat – malah makin teruk. Kami perlu buat langkah perubahan yang jelas dan segera,” tambah Bagnaia.

Situasi di Silverstone menjadi titik amaran buat Ducati, dan Bagnaia percaya pasukan kejuruteraan perlu segera mencari jalan penyelesaian sebelum jurang dengan pesaing terus melebar.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives