Amer Harris Jefry dilantik sebagai rakan jenama baharu CIMB

Sarah

CIMB Group telah melantik pelumba muda berbakat Amer Harris Jefry, sebagai rakan jenama baharu, selaras dengan usaha mereka menyokong bakat muda negara, khususnya dalam sukan permotoran. Majlis perjanjian ini disaksikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh, yang menekankan pentingnya kerjasama sektor awam dan swasta dalam pembangunan sukan.

Amer, yang bermula dengan sukan go-kart sejak usia lapan tahun, kini satu-satunya pelumba Malaysia yang menyertai Porsche Carrera Cup Asia Talent Pool 2025, dengan pencapaian di peringkat Asia. CIMB menyifatkan Amer sebagai lambang semangat “Kita Bagi Jadi”, dan beliau menyertai barisan atlet ternama seperti Dato’ Azizulhasni Awang, S. Sivasangari dan Ervin Chang di bawah jenama CIMB.

Perlumbaan seterusnya akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 6–8 Jun 2025, di mana CIMB berharap sokongan mereka dapat membantu Amer terus mengharumkan nama negara.

Teruskan bersama Four Wheels..!

📸: CIMB Group

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives