Alberto Puig Bakal Hilang Tempat Di HRC?

Wandi

Prestasi pasukan kilang Honda di kejohanan MotoGP waktu ini amat merudum. Bermula Tahun 2020 rekod mereka semakin menurun lebih-lebih lagi selepas Marc berdhat panjang ekoran kecederaan lengan yang dihadapk.

Puig kini digembar-gemburkan akan ditukar kepada individu lain bagi memimpin pasukan utamanHRC tersebut. Pun begitu di ketika ini perkhabaran baru sahaja di tahap gosip.

Jom kita lihat rekod Alberto Puig dalam dunia perlumbaan motorsikal dunia.

Alberto Puig memulakan kariernya sebagai pelumba Grand Prix dalam kategori 500cc pada akhir 1980-an hingga pertengahan 1990-an. Beliau berlumba untuk pasukan Honda, dan salah satu pencapaian tertingginya ialah menang perlumbaan 500cc di Grand Prix Sepanyol 1995. Malangnya, kemalangan serius pada tahun sama menyebabkan kecederaan kaki yang menamatkan karier perlumbaannya lebih awal.

Selepas bersara, Puig mula aktif dalam pembangunan pelumba muda. Beliau terkenal sebagai orang di sebalik kejayaan program Red Bull MotoGP Rookies Cup dan banyak membantu pelumba Sepanyol seperti Dani Pedrosa menembusi arena dunia. Puig juga bertindak sebagai pengurus peribadi Dani Pedrosa sepanjang kariernya.

Pada tahun 2018, Alberto Puig dilantik sebagai Pengurus Pasukan Repsol Honda, menggantikan Livio Suppo. Di bawah kepimpinannya, Honda menikmati kejayaan besar bersama Marc Marquez, memenangi kejuaraan dunia MotoGP pada 2018 dan 2019.

Hingga kini, Puig masih memegang jawatan itu, walaupun prestasi Honda agak merosot sejak kecederaan Marquez pada 2020.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives