3 Mata Pisahkan Takhta

Kimi


Grand Prix Monaco 2025 menyaksikan persaingan kejuaraan dunia Formula 1 semakin sengit apabila Lando Norris kini hanya dipisahkan tiga mata sahaja dengan pendahulu kejuaraan, Oscar Piastri.

Walaupun Piastri masih kekal di kedudukan teratas, tekanan kini semakin dirasai apabila rakan sepasukannya Norris semakin menghampiri kedudukan tersebut.

Dengan baki perlumbaan lebih separuh musim lagi, jurang tiga mata sahaja cukup untuk menjadikan saingan ini sangat terbuka.

Segala-galanya boleh berubah melalui satu kemenangan, catatan masa terpantas atau kesilapan kecil di hentian pit.

Persaingan dalaman antara dua pemandu McLaren kini menjadi tumpuan utama dalam dunia Formula 1.

Daripada sekadar pencabar, mereka kini mendominasi kejuaraan sekali gus menghidupkan semula era kegemilangan pasukan dari Woking itu.

Adakah Norris bakal mengatasi Piastri dalam Grand Prix seterusnya? Atau adakah Piastri mampu mempertahankan kedudukannya?

Teruskan Bersama Four Wheels..!

Foto:LN4

#FourWheels #TWmedia #FW #TWinfo #F1 #FIA #F175 #LN4 #mclarenf1 #MonacoGP

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives