
Akito Haga & Adam Norrodin Sertai ASB1000 Sebagai Pelumba Wildcard ARRC
Dua nama besar dalam dunia perlumbaan Asia bakal menghangatkan saingan ASB1000 dalam pusingan kedua Kejuaraan FIM Asia Road Racing 2025 (ARRC). Pelumba muda Jepun, Akito Haga, disahkan akan mewakili pasukan Tatara Aprilia sebagai pelumba wildcard, menunggang jentera Aprilia RSV4 1100.
Menambah sensasi, pelumba Malaysia, Adam Norrodin, turut dikhabarkan akan membuat penampilan khas dalam pusingan ini bersama pasukan Suzuki, juga sebagai pelumba wildcard. Kehadiran Adam dijangka mencuri tumpuan peminat tempatan yang menantikan kemunculan beliau di pentas ARRC selepas mengukir nama di peringkat antarabangsa.
Penyertaan kedua-dua pelumba ini bukan sahaja bakal memberi saingan hebat kepada barisan pelumba tetap, malah membuktikan tarikan kategori ASB1000 sebagai pentas terbaik untuk aksi bertaraf tinggi. Para peminat pasti teruja menyaksikan pertarungan sengit antara wakil Jepun dan Malaysia dalam pusingan kedua nanti.
Teruskan bersama Two Wheels..!
📷 Alpinestar/Adam