
Automotif

UMW TOYOTA MOTOR CATAT PERTUMBUHAN JUALAN KUKUH PADA APRIL 2025 DENGAN FOKUS KEPADA KUALITI, KELESTARIAN, DAN VISI “MOVE YOUR WORLD”
SHAH ALAM, 7 Mei 2025 – UMW Toyota Motor (UMWT) meneruskan momentum positif apabila mencatat jualan sebanyak 7,932 unit kenderaan pada April 2025, menjadikan jumlah keseluruhan jualan tahun ini sebanyak 27,876 unit. Pencapaian ini mencerminkan kepercayaan berterusan rakyat Malaysia terhadap jenama Toyota, yang berteraskan kualiti, inovasi dan komitmen terhadap mobiliti