Yamaha Guna V4 Jika Terbukti Ianya Lebih Baik Dari Enjin Sekarang

Toshi

Setelah sekian lama menafikan pembangunan enjin V4, Yamaha akhirnya mengesahkan bahawa mereka sedang menguji konfigurasi enjin baharu itu yang berpotensi menggantikan enjin inline-4 pada jentera M1 seawal musim 2026. Pengarah Teknikal Yamaha, Max Bartolini, menjelaskan bahawa enjin V4 hanya akan digunakan jika ia terbukti lebih laju daripada enjin sedia ada.

Menariknya, ujian pertama enjin V4 ini telah pun berlangsung secara tertutup sebelum sesi ujian pra-musim MotoGP di Litar Sepang pada Februari lalu. Terbaharu, Yamaha meneruskan ujian di Litar Ricardo Tormo, Valencia, sekali lagi secara tertutup, menunjukkan bahawa projek ini kini berada di fasa pembangunan aktif dan serius.

Peralihan kepada enjin V4 merupakan langkah drastik dan strategik Yamaha untuk kembali bersaing dengan pengeluar seperti Ducati, Aprilia, KTM dan Honda yang menggunakan format enjin serupa. Konfigurasi V4 dijangka menawarkan lebih banyak kelebihan dari segi kuasa dan pengagihan berat, sekaligus meningkatkan kestabilan dan prestasi di selekoh.

Bartolini turut menekankan bahawa jika enjin ini memberikan hasil yang meyakinkan, Yamaha bukan sahaja akan menukar enjin, tetapi juga membina semula keseluruhan jentera dari asas, termasuk casis dan aerodinamik.

Dengan sokongan status konsesi serta kerjasama strategik bersama pasukan seperti Pramac Racing, Yamaha dilihat bersungguh-sungguh mahu kembali mendominasi MotoGP. Musim 2026 mungkin menjadi titik perubahan besar buat jentera biru dari Iwata itu.

Teruskan bersama Two Wheels..!

📷 Sky Sports

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
2.3k views

Search

Archives