
Kemalangan yang terjadi antara Alex Marquez dengan Fabio Digiannantonio pada perlumbaan QatarGP lalu merupakan kesalahan yang diakui oleh Alex sendiri.
Tanpa berceloteh panjang, Alex akui bahawa tindakannya untuk memotong DiGia di satu selekoh ketika itu merupakan satu tindakan yang tak sepatutnya terjadi dan boleh dielakkan jika beliau sedikit bersabar.
Ruang yang agak kecil dilihat ssebagai satu peluang buat Alex untuk memotong DiGia lalu terjadinya perlanggaran yang menyebabkan kedua-duanya ‘wide’ dan seterusnya berada di belakang. Jentera keduanya juga turut mengalami sedikit kerosakan yang menjadikan mereka tidak dapat beraksi semaksimum mungkin.
Atas kesalahan tersebut Alex dikenakan penalti namun hukuman tersebut dilihat tidak begitu keras dan tidak adil dari kaca mata DiGia. Bagi DiGia perlanggaran itu telah menyebabkan beliau hilang peluang untuk mendapatkan podium.
Teruskan bersama Two Wheels..!!!