TAHUKAH ANDA? Gambar Sensasi Rossi VS Marquez Ini Adalah Hasil Jurugambar Malaysia!

Mohd Osman

Dalam dunia MotoGP, detik penuh kontroversi antara Valentino Rossi dan Marc Marquez di Turn 14 Sepang 2015 menjadi peristiwa paling panas musim itu. Ramai yang tahu tentang kejadian itu, tapi tidak ramai tahu bahawa gambar ikonik tersebut diambil oleh seorang jurugambar Malaysia, Hazrin Cric.

Ketika ramai jurugambar antarabangsa menumpukan lensa di selekoh-selekoh popular seperti Turn 1 dan Turn 15, Hazrin memilih sudut yang jarang dikunjungi iaitu di Turn 14. Bagi beliau, itu antara spot kegemaran untuk menangkap aksi perlumbaan yang tulen dan tidak dijangka.

Ketika bercakap bersama Two Wheels Media, Hazrin bercerita bahawa semasa kejadian itu berlaku, talaan dan setup kamera beliau masih belum sepenuhnya bersedia. Dia sendiri merasakan gambar yang diambil itu tidak cantik dan mungkin tidak cukup berkualiti. Namun, tanpa disangka, seorang pemilik media besar global menghubunginya dan menawarkan untuk membeli gambar tersebut dengan harga puluhan ribu ringgit. Sejak pada itulah gambar itu terus menjadi ingatan sehingga hari ini.

Menurut Hazrin, walaupun secara teknikal gambar itu tidak sempurna, namun ia mempunyai makna yang jauh lebih besar kerana ianya menangkap emosi, drama dan naratif penting dalam kejuaraan dunia. Namanya terus melonjak dan menjadi jurugambar yang dicari oleh media-media besar.

Pada tahun tersebut, gambar berkenaan telah menjadi muka depan MCN (UK), Cycle News (USA) dan beberapa media antarabangsa lain. Ia bukan hanya satu gambar malah ianya adalah sebuah sejarah, dan ianya diabadikan oleh anak Malaysia sendiri.

Hazrin turut berkongsi pandangan bahawa masyarakat dan pihak industri perlu lebih menghargai hasil kerja jurugambar, kerana di sebalik setiap tangkapan hebat, terdapat pengorbanan besar dari segi wang ringgit, masa, dan tenaga untuk berada di lokasi. Katanya, “Tak perlu cepat menilai jika ada jurugambar meletakkan harga tinggi, kerana setiap gambar yang bernilai, datang dengan usaha dan pelaburan yang tidak kecil.”

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives