Rapido Malaysia Perkukuh Kedudukan Dalam MCP 2025 Melalui Kerjasama Strategik

Toshi

Rapido Malaysia terus mengukuhkan jenamanya dalam arena perlumbaan tanah air dengan menjalin kerjasama teknikal bersama pasukan-pasukan utama yang bertanding dalam kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix musim 2025. Kerjasama ini telah diumumkan dua minggu sebelum pusingan pembukaan yang berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang pada hujung minggu ini.

Sebagai jenama tempatan yang semakin mendapat tempat di hati pasukan-pasukan profesional, Rapido membekalkan komponen-komponen berprestasi tinggi seperti sport rim, cover set, footrest, footrest bracket, caliper, disc, serta aksesori penting seperti master pump, clutch plate, quick throttle, throttle grip, forged steering T, toe guard dan disc plate.

Antara pasukan yang menerima sokongan teknikal dari Rapido termasuklah PETRONAS Sprinta Yamaha CKJ Racing Team, TKKR Racing Team, Maeztrro SCK Honda Racing Team, VOGE Racing Team, Honda Estremo Yuzy Racing, Castrol Power1 Honda Yuzy Racing, Atas AHM Motor Sports.

Kerjasama ini menjadi platform penting buat Rapido untuk menguji ketahanan dan prestasi produk dalam persekitaran perlumbaan sebenar, sambil menyumbang kepada peningkatan keupayaan teknikal jentera pasukan. Dengan kehadiran pelumba-pelumba terbaik negara dalam kategori CP125 dan CP150, pusingan pertama ini turut menjadi bukti kepercayaan pelumba terhadap produk buatan tempatan.

Rapido Malaysia kekal komited menyokong pembangunan sukan permotoran negara dan terus menjadi pilihan utama dalam teknologi perlumbaan.

Teruskan bersama Two Wheels..!

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
1.8k views

Search

Archives