PETRONAS Sprinta Lancar Minyak 2T RXZ Members Special Edition.

Two Wheels Media

PETRONAS Sprinta telah melancarkan minyak 2T RXZ Members Special Edition yang menampilkan formula baharu dengan haruman Havana, menggantikan aroma Hugo Boss yang gunakan sebelum ini. Minyak ini dikatakan 10 kali lebih wangi berbanding versi sebelumnya, memberikan pengalaman menunggang yang lebih menyenangkan.

Pelancaran ini diadakan sempena malam gala dinner yang menghimpunkan peminat Motosikal Malaysia permotoran dari seluruh negeri.

Minyak 2T RXZ Members Special Edition ini bukan sahaja menawarkan prestasi enjin yang unggul tetapi juga memberikan identiti baharu kepada penunggang dengan haruman eksklusif Havana. Terdapat juga dalam 2 Versi T500 iaitu model yang sedia ada sebelum ini dan juga yang baharu iaitu T900 yang lebih premium. 7.0 juga diletakkan pada botol menandakan kerjasama yang berjaya pada Perhimpunan RXZ Members tahun lalu dengan PETRONAS Sprinta.

TW Media turut berpeluang hadir menyaksikan sendiri kehangatan acara ini, yang memperlihatkan semangat kekeluargaan dan perpaduan dalam kalangan peminat motosikal Malaysia yang sanggup datang daripada jauh.

Teruskan Bersama Two Wheels!

#tw#twmedia#RXZMembers

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives