Persiapan Fizikal Terakhir TW Racing Di Makmal Pembangunan Atlet UiTM

Toshi

TW Racing kini berada di Makmal Pembangunan Atlet, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Shah Alam bagi menjalani sesi ujian dan latihan fizikal terakhir menjelang perlumbaan hujung minggu ini. Kerjasama ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan pasukan untuk memastikan setiap pelumba berada pada tahap kecergasan optimum sebelum turun ke litar.

Sesi selama hampir dua jam ini merangkumi empat komponen utama iaitu general warm up, pre-activation, functional exercise, dan diakhiri dengan cool down/recovery. Latihan ini dikendalikan oleh pakar-pakar dari fakulti yang diketuai sendiri oleh Dekan, Prof Madya Dr Raja Mohammed Firhad Raja Azidin turut dibantu oleh Prof Madya Zulkifli Abd Kadir dan Mohd Hanifa Sariman.

Program ini bukan sahaja membantu dari segi fizikal, tetapi turut memberi manfaat kepada kesediaan mental pelumba menjelang hari perlumbaan.

TW Racing ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM serta pihak universiti atas kerjasama dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan sesi ini.

Teruskan bersama TW Racing..!

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
1.2k views

Search

Archives