Morbidelli Alami Gegar Otak Ringan, Akan Terlepas Ujian Jerez

Mohd Osman

Jerez, Sepanyol | 27 April 2025 – Pelumba Pertamina Enduro VR46 Racing Team, Franco Morbidelli, terpaksa menamatkan perlumbaannya lebih awal selepas terjatuh di Turn 11 dalam saingan Grand Prix Sepanyol hari ini.

Morbidelli, yang bermula dari petak kelima, menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila berjaya memperbaiki kedudukannya selepas permulaan yang sukar. Namun, kemaraannya berakhir apabila beliau terjatuh dalam insiden tunggal di pertengahan perlumbaan.

Pemeriksaan perubatan selepas kemalangan mengesahkan tiada kecederaan serius atau patah tulang, tetapi Morbidelli telah didiagnosis mengalami gegar otak ringan (cervical contusion). Atas nasihat pasukan perubatan dan demi menjaga keselamatan serta pemulihan penuh, pasukannya membuat keputusan untuk tidak membenarkan Morbidelli mengambil bahagian dalam sesi ujian rasmi di Jerez pada hari Isnin.

Selepas lima pusingan musim ini, Franco Morbidelli masih mengekalkan kedudukan keempat dalam kejuaraan dengan 84 mata.

Pertamina Enduro VR46 Racing Team dijangka kembali beraksi di Grand Prix Perancis di Litar Le Mans pada 9-11 Mei 2025, dengan harapan Morbidelli akan pulih sepenuhnya untuk kembali bersaing.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
1.6k views

Search

Archives