
Pasukan JDT Racing Team mendedahkan livery rasmi mereka untuk musim 2025 dan pastinya tema kali ini lebih garang dan agresif!
Dominasi warna merah jelas kelihatan pada jentera tahun ini, memberikan aura lebih berani dan sporty. Di bahagian suit pelumba pula kini lebih banyak biru gelap, berbeza dengan rekaan musim lalu yang lebih banyak warna putih. Dari segi Rekaan nombor 55 pula, Peminat Hafizh Syahrin pasti perasan, nombor 55 miliknya kini berwarna merah dengan rekaan font yang sedikit berbeza, membawa nafas baharu kepada identitinya di litar.








Secara keseluruhan, livery 2025 ini memberi gambaran bahawa JDT Racing mahu tampil lebih ‘matang’ tahun ini dan siap bersaing dengan gaya yang lebih profesional. Kita tunggu aksi sebenar mereka musim ini di litar!
Teruskan Bersama Two Wheels!
JDT Racing Team