
Pada hari Selasa yang lalu, kami di TW Media berpeluang menyertai majlis pelancaran global Insta360 X5. Acara eksklusif ini berlangsung di Blue at EQ, Kuala Lumpur dan dikendalikan oleh Insta360 Malaysia. Terima kasih atas jemputan istimewa ini!
Bila kita sebut tentang “global launch”, biasanya ia melibatkan pelancaran serentak di seluruh dunia dan kali ini Malaysia turut menjadi sebahagian daripadanya. Namun apa yang lebih menarik perhatian kami adalah senarai jemputan: majoriti media yang hadir adalah dari dunia permotoran, bukan semata-mata ‘tech reviewers’ seperti kebiasaan.

Jadi, timbul persoalan, kenapa kami yang lebih sinonim dengan dua roda dijemput ke pelancaran kamera aksi?
Rupa-rupanya, Insta360 X5 hadir dengan pelbagai ciri baharu yang sangat mesra pengguna motosikal dan ‘trackday riders’. Fungsi seperti auto blur plat motosikal, rakaman suara dalam helmet, dan kaca pelindung sebenar menjadikan kamera ini bukan sekadar alat merakam aksi, tetapi benar-benar memahami keperluan komuniti dua roda.
Jom kita tengok apa yang istimewa untuk model ini:


1. Rakaman 360° 8K – Tangkap Semua Aksi di Litar
Dengan resolusi 8K dan FlowState Stabilization 2.0, setiap lap di litar, setiap lean angle, setiap overtake kini dirakam dengan lebih jelas dan stabil.
Contoh: Letakkan kamera di atas tangki atau belakang seat – Insta360 X5 akan tangkap view ke depan, ke belakang, ke sisi – semuanya dalam satu rakaman.
2. AI Pintar
Auto Blur Plat – Tak perlu susah payah edit plat motor sebelum upload ke media sosial. Pengesan Suara Dalam Helmet – Vlog terus dari atas motor tanpa perlu beli external mic mahal. Suara anda masih jelas walau di atas highway.
Sesuai sangat untuk motovlogger atau yang selalu buat review motor dari atas jalan.
3. Rekaan Lasak & Praktikal – Siap Untuk Jatuh & Bangun
Lens boleh tukar – sekiranya camera anda terjatuh sewaktu ride atau di pit, tak perlu hantar service, tukar lens sendiri je tanpa avoid Warranty (jika anda mengikuti step yang betul). Lens pula kini diperbuat daripada Kaca pelindung sebenar (sebelum ni plastik) sekali gus tahan calar dan tak cepat kabur. camera juga waterproof (15 m) tanpa perlu memakai casing
4. Storan & Bateri – Boleh Rekod Satu Hari di Litar
Rakaman lebih lama, fail lebih kecil. Kalau anda ride seharian di track atau buat konten konvoi 3-4 jam, bateri dan storan tidak akan jadi isu.
5. Bukti Keseriusan Dalam Permotoran
Bukan sekadar cakap kosong – Insta360 kini aktif dalam dunia permotoran global. Kamera mereka digunakan dalam latihan pelumba MotoGP, penunggang adventure dan kini dicipta khas untuk rider seperti anda.

6. Night Mode yang lebih jitu
Kini tidak risau anda boleh merakam dalam mode malam yang lebih baik kerana mode terbaharu ini telah memperbaiki cahaya low light dan kurangkan Noise.

Kesimpulan
Jika anda Aktif ride di litar Sepang atau mana-mana track-day lokal, vlog, content creator motosikal, Ride konvoi atau solo ride jauh-jauh, Insta360 X5 adalah upgrade yang berbaloi. Anda bukan saja dapat rakaman berkualiti tinggi, tapi juga tools pintar yang dibina khas untuk gaya hidup permotoran.
Anda boleh dapatkan pengedar terdekat dengan harga bermula RM2,499 (sama seperti model terdahulu)