Kedatangan Marc Ke Pasukan Kerana Saya Tidak Konsisten – Pecco

Toshi

Kehadiran Marc Marquez dalam Pasukan Pengilang Ducati Lenovo untuk musim 2025-2026 mengejutkan ramai pihak, apatah lagi apabila Ducati memilih Marquez berbanding Jorge Martin yang dilihat sebagai calon lebih logik berdasarkan prestasi. Namun, dalam satu temubual bersama TNT Sports, juara dunia dua kali, Francesco “Pecco” Bagnaia memberikan pandangan yang cukup jujur dan reflektif mengenai keputusan besar Ducati Corse itu.

Menurut Pecco, beliau sendiri merasakan keputusan membawa masuk Marquez adalah berpunca daripada kegagalannya mengekalkan konsistensi dalam musim 2024. “Tahun lepas kami ada jentera paling laju, menang 18 perlumbaan termasuk Sprint, tapi kalah kejuaraan dunia. Itu menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena. Saya sendiri banyak kali buat kesilapan ketika berada di hadapan,” katanya.

Pecco mengakui bahawa kelemahannya dalam mengawal tekanan ketika mengepalai perlumbaan menjadi faktor utama kehilangan kejuaraan. Beliau menyifatkan keputusan Gigi Dall’Igna dan Davide Tardozzi membawa Marquez sebagai langkah strategik untuk memastikan kestabilan dan daya saing pasukan pada masa akan datang.

Namun begitu, Pecco menafikan wujudnya ketegangan antara dirinya dan Marquez, malah memuji hubungan baik yang terjalin sejak Marquez menyertai Ducati. “Marc cepat sesuaikan diri dengan strategi pasukan dan kami bekerjasama dengan baik untuk memperbaiki prestasi setiap hujung minggu,” jelasnya.

Walaupun nada suaranya sedikit kecewa, Pecco tetap bertekad untuk bangkit dan kembali mencabar kejuaraan dunia, sama ada musim ini atau selepas 2025.

Teruskan bersama Two Wheels..!

📷 Pecco

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
1.3k views

Search

Archives