Jorge Martin Discaj dari Hospital Qatar, Kini Bersedia Dipindahkan ke Sepanyol

Mohd Osman

Pelumba Aprilia Racing, Jorge Martin, akhirnya diizinkan keluar dari hospital di Qatar selepas menjalani rawatan intensif susulan kecederaan yang dialaminya sejak awal musim MotoGP 2025. Perkembangan ini dikongsikan sendiri oleh Martin melalui laman Instagram miliknya, sekali gus menandakan langkah penting dalam proses pemulihannya.

https://www.instagram.com/p/DIwaZ7TqFti/?igsh=MTkyb2xwcnRiNXhnOQ==

Martin sebelum ini mengalami kecederaan berpanjangan bermula sejak Ujian Pra-Musim di Sepang, dan keadaannya semakin teruk sewaktu QatarGP, hingga memaksa beliau diketepikan daripada perlumbaan. Beliau telah dirawat di sebuah hospital di Doha selama hampir dua minggu, dan kini disahkan dalam keadaan lebih baik serta bersedia untuk dipindahkan ke Sepanyol bagi rawatan lanjut dan pemulihan penuh.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan memberi sokongan. Sekarang masa untuk kembali lebih kuat,” tulis Martin dalam hantaran tersebut, disertakan dengan gambar senyumannya dari katil hospital.

Kecederaan ini menjadi tamparan buat Aprilia Racing yang telah menaruh harapan tinggi kepada Martin sebagai bintang baharu mereka. Namun, peminat masih berharap pelumba Sepanyol ini akan segera kembali bersaing di barisan hadapan sebaik sahaja pulih sepenuhnya.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Search

Archives