Honda Tawar Kontrak Lumayan Kepada Acosta

Mohd Osman

Honda dilaporkan bersedia mengambil langkah berani dengan membayar penalti kepada KTM demi mendapatkan khidmat bintang muda MotoGP, Pedro Acosta. Pelumba Sepanyol berusia 20 tahun itu dikatakan ditawarkan kontrak selama tiga tahun dengan bayaran lumayan sebanyak AS$10 juta setahun (kira-kira RM47.5 juta), satu tawaran yang boleh menjadikannya antara pelumba paling mahal dalam sejarah sukan itu.

Langkah agresif ini dilihat sebagai usaha Honda untuk kembali menjadi kuasa besar MotoGP menjelang musim 2026, setelah beberapa tahun bergelut dengan prestasi yang tidak konsisten.

Acosta kini terikat dengan kontrak bersama pasukan kilang KTM hingga 2026 dan telah menunjukkan prestasi mengagumkan sejak debut bersama Tech3 GasGas pada 2024. Namun, laporan menyebut bahawa masalah kewangan KTM serta kelewatan pembangunan jentera baharu telah menimbulkan tanda tanya terhadap masa depannya bersama pasukan itu.

Menurut pengurusnya, Albert Valera, Acosta masih mahu menghormati kontrak sedia ada. Namun, sekiranya KTM gagal menyediakan jentera kompetitif, perpindahan bukan sesuatu yang mustahil.

Menariknya, Ducati turut dikatakan berminat, dan Acosta difahamkan sanggup berlumba tanpa bayaran demi peluang menunggang jentera Itali itu. Namun, tawaran luar biasa daripada Honda pastinya memberi tekanan hebat kepada KTM.

Buat masa ini, masa depan Acosta kekal menjadi teka-teki, namun satu perkara pasti, perebutan untuk khidmatnya sedang memanaskan pentas MotoGP.

Teruskan bersama Two Wheels..!

📷 Overtake.GP

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
2.1k views

Search

Archives