
Max Verstappen ketika ini dilihat masih bergelut untuk menyesuaikan diri dengan jentera RB21, yang menunjukkan prestasi kurang konsisten. Ketiadaan figura penting seperti Adrian Newey dalam barisan teknikal Red Bull turut menambahkan cabaran buat pasukan itu.
Situasi ini sekali gus menguatkan lagi spekulasi bahawa Max mungkin mempertimbangkan untuk berhijrah ke pasukan lain dalam masa terdekat.
Russell dilihat sebagai antara pemandu muda paling berbakat di grid. Walaupun Mercedes menghadapi cabaran untuk kekal kompetitif dalam beberapa musim terakhir, prestasi individu Russell sering mendapat pujian.
Namun begitu, sehingga kini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Red Bull mahupun Mercedes. Apa yang pasti, sekiranya perpindahan ini berlaku, ia bakal menjadi salah satu peristiwa paling menarik dalam sejarah moden F1.
Teruskan Bersama Four Wheels..!
📷MercedesamgPetronas