Fakta GP Sepanyol

asyrafzuarimi

MINGGU PERLUMBAAN 5/2025 — GRAN PREMIO DE ESPANA

Aksi MotoGP kembali menemui peminat hujung minggu ini menerusi pusingan ke 5 yang bakal berlangsung di Litar ikonik Jerez-Angel Nieto, Sepanyol. Litar yang sarat sejarah ini pasti menjanjikan pertarungan sengit apabila para pelumba berentap untuk merebut kedudukan teratas dalam carta kejuaraan dunia.

Tumpuan utama pastinya terarah kepada dua nama besar dari pasukan pengeluar Ducati iaitu juara dunia dua kali, Francesco Bagnaia #63, dan legenda Sepanyol, Marc Marquez #93. Kedua-dua pelumba ini pastinya mahu membuktikan siapa yang lebih layak digelar raja di bumi Jerez, lebih-lebih lagi selepas pertarungan epik mereka di sini pada musim 2024 yang menyaksikan Bagnaia muncul juara, diikuti rapat oleh Marquez di tempat kedua.

Dalam kelas rookies, perebutan mata antara bintang baharu Ai Ogura #79 dan Fermin Aldeguer #54 semakin hangat apabila kedua-duanya kini hanya dipisahkan 9 mata dalam kejuaraan. Sementara itu, pelumba berpengalaman Somkiat Chantra #35 juga dijangka tampil dengan strategi baharu demi membawa pulang keputusan terbaik untuk pasukannya.

Menambahkan lagi keterujaan minggu ini, Red Bull MotoGP Rookies Cup 2025 juga membuka tirainya di Jerez dan lebih membanggakan, pelumba muda berbakat dari Malaysia, Hakim Danish, turut akan beraksi dan ini merupakan pentas penting dalam karier beliau, dan kita semua pastinya mahu melihat bendera Malaysia berkibar megah di podium!

Jangan lepaskan detik mendebarkan di Gran Premio de Espana, saksikan aksi terbaik dunia di atas dua roda!

Teruskan bersama Two Wheels..!

📸 MotoGP

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Search

Archives