Aman, Bintang Baharu Dari Boneo

Toshi

Abdurrahman Bin Izzuwandi, atau lebih dikenali dengan nama manja Aman, merupakan pelumba cilik berbakat besar dari Sabah. Aman merupakan anak kepada Wandi, salah seorang admin utama di TW Media dan kini menyertai barisan pelumba dibawah sokongan program pembangunan TW Racing Development.

Berumur hanya 10 tahun, Aman bakal membuat kemunculan dalam saingan SIC Ohvale Junior Championship musim ini, satu pentas penting dalam pembangunan pelumba muda tempatan yang beraspirasi untuk ke peringkat antarabangsa.

Mewarisi minat mendalam bapanya dalam dunia permotoran, Aman telah menunjukkan minat dan bakat luar biasa sejak usia seawal 4 tahun. Dengan sokongan keluarga serta bimbingan dari ZK Racing dan sokongan dari TW Racing Development, Aman kini bersedia untuk bersaing secara kompetitif, mengenakan sut perlumbaan rasmi TW Racing yang lengkap dengan sokongan penaja tempatan, untuk kegunaan semasa sesi-sesi latihan peribadi.

Program sokongan dari TW Racing Development bukan sahaja memberi peluang kepada pelumba muda seperti Aman untuk beraksi di litar, malah turut memberi pendedahan dalam aspek fizikal, mental dan teknikal perlumbaan motosikal selain dari program yang diseliakan oleh ZK Racing.

Kita doakan Aman terus maju dan menjadi ikon baharu dalam dunia sukan permotoran negara suatu hari nanti!

Teruskan menyokong TW Racing..!

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Search

Archives