Afif Tunjuk Taring Di Awal Musim

MC

Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2025 bermula dengan penuh aksi di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (Utara). Azroy Hakeem Anuar dari HONDA ESTREMO YUZY RACING memenangi pusingan ke-10, sementara Kasma Daniel Kasmayudin meraih tempat ketiga keseluruhan kategori CP150.

Danial Syahmi Ahmad Shahril dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR cemerlang di sesi “ShootOut” pagi tadi dengan catatan masa terpantas dan bermula di petak pertama. Perlumbaan akhir menyaksikan persaingan sengit dan pertukaran pendahulu yang kerap. Afif, yang bermula di P4, bangkit dari P7 dan memintas ke P1 di dua pusingan terakhir sebelum memenangi perlumbaan dengan masa 14’37:815s, diikuti Danial dan Akid.

Afif meluahkan rasa syukur atas kemenangan mengejut dan berterima kasih kepada pasukan atas usaha keras sepanjang Ramadan dan Syawal. Baginya, podium kali ini adalah bonus daripada fokus dan kerja berpasukan yang mantap bersama Akid.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
2.5k views

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives