Miguel Oliveira Terpaksa Pulang, Terlepas GP Argentina Akibat Kecederaan Bahu
Perlumbaan Sprint di Grand Prix Argentina bertukar menjadi mimpi ngeri buat Miguel Oliveira selepas beliau terlibat dalam insiden kemalangan awal di lap kelima. Pelumba Prima Pramac Yamaha itu dilanggar oleh pelumba lain yang cuba memotong terlalu jauh di bahagian dalam selekoh kedua, menyebabkan kesan domino yang menjatuhkannya ke trek.