Ahad, 10 Mac 2024 – Motoplex Sungai Buloh Anjur MotoGP ‘Live Viewing’ #QatarGP bersama peminat pasukan Aprilia Racing dan juga Majlis Perasmian Komples Motorsikal Welly Sungai Buloh di Motoplex Sungai Buloh.
Foto ![]() Plaque Majlis Perasmian Kompleks Pameran Motorsikal Welly Sungai Buloh |
Terdapat pelbagai acara menarik berlangsung mengikut jadual acara di bawah.
Ada makan-makan, dan juga cabutan bertuah sepanjang acara ‘live viewing’ berlangsung.
Hadiah cabutan bertuah ditaja oleh pihak Castrol Malaysia, Aprilia Malaysia dan juga Zeus Helmet Malaysia.
Setiap yang datang RSVP disertakan 1 kad yang disertakan dengan cop Aprilia sebanyak 1 untuk 1 tempat ‘live viewing’.
Baki 5 lokasi lagi akan diumumkan oleh pihak Aprilia Malaysia di laman Facebook dan Instagram.
Ikuti Rapat Perkembangan mereka kerana, cukup 6 cop, anda berpeluang menyertai cabutan bertuah hadiah utama yang akan diumumkan pihak mereka kelak.