Motivasi: Sebab Minat atau sebab habuan semata-mata

Two Wheels Media

📷ITALY24PRESS NEWS

Kejuaraan dunia sentiasa menjadi sasaran utama pelumba
bagi setiap kelas tidak kira kelas moto3, moto2 mahupun kelas perdana MotoGP, perebutan
takhta kejuaraan memberi gambaran watak seseorang pelumba itu sama ada mereka
bersedia ataupun tidak bagi menjadi pencabar takhta kejuaraan dalam kelas
masing-masing. 

Selain itu, anda akan dapat melihat pelbagai reaksi yang akan
ditonjolkan oleh para pelumba daripada situ anda mengetahui tahap motivasi
pelumba berada pada paras yang bagaimana.

Terma motivasi terdiri daripada intrinsik dan
ekstrinsik. Motivasi Intrinsik bermaksud motivasi yang datang daripada dalam
diri, mengikut keinginan diri tanpa ada sebarang paksaan daripada mana-mana
faktor luaran, sebagai contoh “berlumba demi kebanggaan negara tercinta”. 

Selain itu, Motivasi Ekstrinsik membawa makna kepada faktor luaran yang membawa
kepada keinginan untuk mencapai sesuatu sasaran seperti mendapat bayaran yang
besar serta dijanjikan keistimewaan apabila mencapai sasaran yang ditetapkan
oleh pihak penaja.  

Justeru itu, mengambil kisah pelumba VR46 Academy
iaitu Andrea Migno yang terlepas seat untuk ke Moto2 pada tahun 2023 kerana
mengalami masalah kekurangan bajet untuk melobi kepada pasukan bagi kategori
tersebut.

Dalam pada itu Andrea Migno tidak sesekali patah
semangat dan terus menjalankan rutin latihan seperti biasa selain mendapat sokongan
moral yang kuat daripada pasukan VR46 Academy, siapa sangka dengan
berbekalkan motivasi yang tinggi sepanjang tahun 2023 Andrea Migno antara
pelumba yang sibuk apabila menjadi pelumba gantian bagi pasukan Moto3 CIP
Green Power Team
dan melakukan sensasi dengan menduduki podium dalam GP
Argentina selain menjadi pelumba gantian bagi MotoE dan SBK kelas WSSP.

Oleh itu, anda boleh bayangkan apabila seseorang
pelumba memiliki gabungan Motivasi Intrinsik dan Ekstrinsik yang kuat apakah
hasil yang bakal dikecapi. Terus mengorak langkah atau duduk di takuk lama.   

Penulis: Zuarimi,A. 

Sumber Rujukan

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives