Adrenalin: Lawan atau terbang

Two Wheels Media

 

📷MOTOGP

Apabila berkata hal berkaitan perlumbaan MotoGP sudah
pasti anda akan membayangkan saingan yang kompetitif serta suatu debaran untuk
mengetahui pelumba mana yang akan menjuarai saingan tersebut. Secara tidak sedar
anda telah merangsang penghasilan hormon adrenalin dalam badan anda.

Hormon adrenalin juga dikenali sebagai hormon ‘fight-or-flight
yang akan terjadi apabila berdepan dengan situasi seperti debaran, terkanan,
ancaman dan bahaya. Perkara ini sememang tidak dapat dijangka bila akan berlaku
tetapi perkara ini boleh dikawal apabila bedepan dengan situasi tersebut. Tambahan
lagi, latihan seperti yoga, tai chi serta kerohanian (keagamaan) boleh membantu
untuk mengawal keadaan apabila menghadapi situasi
fight-or-flight.

Cuba anda mengimbau kembali pada tahun 2016 dimana
Malaysia mempunyai 2 pelumba di
grid dalam kelas Moto3 iaitu Khairul
Idham Pawi (Super KIP) dan Adam Norrodin. Pada pusingan ke 2 di Argentina GP yang
menyaksikan kedua-dua pelumba dari Malaysia menunjukkan prestasi yang
membanggakan apabila Super KIP menjuarai perlumbaan tersebut.

Akan tetapi dalam perlumbaan tersebut banyak drama
telah berlaku antaranya yang melibatkan pelumba negara iaitu Adam Norrodin dimana
beliau telah hilang kawalan lalu terjatuh pada selekoh terakhir dalam perebutan
podium, namun selepas terjatuh beliau menunjukkan tindak balas yang pantas
apabila beliau bangun dan terus menolak jentera hingga ke garisan penamat dan berjaya
menghabiskan perlumbaan di tempat yang ke 11.

Penulis: Zuarimi,A. 

Sumber Rujukan

https://www.youtube.com/watch?v=VOFTL1d6-5M

https://www.healthline.com/health/adrenaline-rush                                                     
https://www.verywellmind.com/what-is-the-fight-or-flight-response-2795194            

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives