Topi keledar perlumbaan jalan raya premium SHOEI yang telah lama ditunggu-tunggu, X-Fifteen akhirnya tiba di Malaysia.
Sinar Puncak Sdn Bhd iaitu pengedar sah SHOEI secara rasminya telah memperkenalkan tawaran terbaru mereka di Lightbox, Sungai Buloh pada 28 Oktober 2023 (Sabtu).
SHOEI Malaysia menjadi tuan rumah dan menjemput 100 pemilik X-Fifteen PERTAMA untuk menghadiri acara pratonton eksklusif itu.
100 pemilik X-Fifteen PERTAMA mendapat peluang untuk memilih grafik pilihan dan memuktamadkan saiz dari sesi FIRST X-Fifteen PFS. Setiap pemilik akan menerima set hadiah X-Fifteen terhad eksklusif.
Helmet ini dibangunkan dan diuji dengan terowong (aerodynamic tunnel) untuk mencapai tahap aerodinamik lebih efisen sehingga mampu mencapai 350kmj keatas.
![]() |
Advanced Integrated Matrix Plus (AIM+) Shell |
![]() |
MULTI-PIECE/MULTI-DENSITY EPS LINER |
Bahagian dalam pula dilengkapi Multi-Piece/Multi-Density EPS Liner yang membawa impact Absorption yang optimum terutama di bahagian-bahagian sensetif di kepala. Ia dapat mengurangkan retakan pada kepala apabila menerima hentakan yang kuat.
![]() |
X-15 Cheek Pad Cooling System |
![]() |
All-new Pocket-shaped Center Pad |
![]() |
ALL-NEW TWO-STAGE SHIELD LOCKING SYSTEM |
Untuk mendapatkan Sesi Fitting, pelanggan disarankan pergi ke Gomoto Experience Lab untuk mendapatkan saiz yang optimum. Boleh melayari laman web ini https://www.facebook.com/MY.SHOEI [Facebook] atau https://www.instagram.com/shoeimalaysia/ [Instagram] untuk maklumat lanjut