Wildcard Moto3 Yamaha di ThaiGP

Two Wheels Media

 

📷Daily News Thailand

Pada tanggal 5 Julai yang lalu,Yamaha Thailand telah mengumumkan bahawa mereka bakal menurunkan satu pelumba Wildcard pada perlumbaan tuan rumah mereka iaitu di Chang International Circuit yang akan berlangsung pada 27-29 Oktober 2023 nanti. 

Yamaha Racing Thailand akan menurunkan pelumba yang kini sedang meningkat naik iaitu Karittaphat Keankum yang kini sedang bersaing di kelas R3 bLU cRU Eropah. Dalam pelancaran tersebut, dilihat Yamaha bakal menggunakan chasis KTM yang akan di jenamakan menjadi Yamaha. 

📷 Daily News Thailand

Gambar diatas adalah versi lama iaitu tahun 2014-2015 untuk tujuan pelancaran. 

Pada masa yang sama , ketika acara tersebut diumumkan bahawa rakyat Thailand bakal menikmati 20% diskaun untuk pembelian tiket dan banyak lagi barangan menarik seperti barangan saguhati daripada Quartararo serta program istimewa menanti pengunjung. 

Turut hadir ke acara tersebut iaitu pelumba Honda Somkiat Chantra bagi merasmikan acara itu buat Thailand.

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives