Marc beralih arah?

Two Wheels Media

Saingan MotoGP kini dikuasai oleh jentera Ducati, tidak kira pasukan utama atau pasukan satelit. Pembangunan jentera yang tidak putus-putus oleh Ducati kini menampakkan hasil di litar.

Semestinya kerusi panas Ducati menjadi buruan pelumba MotoGP. Adik Marc, Alex Marquez yang kini di pasukan satelit Ducati, Gresini juga semakin padu.

Walaupun ditolak secara halus oleh Ducati serta KTM, Marc Marquez pasti menjadi buruan pasukan-pasukan lain jika beliau ingin berhijrah. Adakah Marc akan berhijrah ke jentera Ducati musim hadapan tatkala prestasi jentera Honda semakin merudum tahun demi tahun?

Pemerhati MotoGP berpendapat Marc akan beraksi cemerlang dan dapat mengembalikan zaman kegemilangan beliau di MotoGP jika beliau berpindah ke Ducati namun segala keputusan kini terletak kepada Marc sendiri.

Teruskan bersama Two Wheels..!

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives