![]() |
📷F1 |
Tahun ini pasukan Redbull F1boleh dikatakan sudah boleh cuci tangan daripda memikirkan jentera mereka untuk musim ini.
Mana tidaknya hanya baru hampir separuh musim, Pasukan tersebut kini telah mencapai 2 kali ganda jumlah mata berbanding Aston Martin + Mercedes.
Lantaran itu Redbull kini sudah mula membangunkan jentera untuk musim 2024. Namun perkara ini mendapat kritikan pedas daripada juara dunia 8 kali F1, Lewis Hamilton.
“That “s*cks” itulah yang dikatakan Lewis Hamilton yang berpendapat bahawa FIA perlu meletakkan jangka masa dan tempoh bermulanya pembangunan jentera untuk sesuatu musim untuk semua pasukan. Contohnya set tarikh kepada 1 Ogos
Ini supaya dapat memberi kesemua pasukan untuk membangunkan jentera dengan adil dengan jangka masa yang sama. Ianya juga supaya tidak memberi kelebihan kepada team yang lebih awal membangunkan jentera.