Deruman enjin menaikkan semangat.
Dunia sekarang sedang mengubah penggunaan jenis enjin kenderaan daripada sumber bahan bakar kepada elektrik. Kita dapat tengok banyak kereta mahupun motorsikal di jalanan yang dipacu dengan kuasa daripada bateri. Begitu juga di MotoGP, dalam menyahut saranan antarabangsa, “Go green” maka telah diadakan satu kategori khas perlumbaan menggunakan jentera berkuasa elektrik.