Honda uji tanki minyak yang lebih kecil untuk Sprint Race

Two Wheels Media

Pada hari ke 2 portimao test, ada sesuatu yang menarik di kem Honda. Ianya adalah tanki minyak yang berbeza saiz untuk kegunaan Sprint Race dan Race sebenar. Jom kita lihat gambar. Di bawah

📷MotoGP

Gambar pertama di atas ini menunjukkan tangki minyak yang lebih besar dan terkeluar sedikit di permukaan diantara tempat duduk belakang dan mudguard tayar.

Dipercayai tangki ini adalah tangki yang lebih besar untuk kegunaan perlumbaan utama 20+ lap. 

📷MotoGP

Gambar kedua ini adalah gambaran tangki minyak yang lebih kecil dan ruang kosong yang ditinggalkan. Dipercayai ini bertujuan digunakan pada Sprint Race yang hanya memerlukan separuh lap daripada perlumbaan sebenar (10+ lap)

Kami percaya akan ada cover menutup bahagian terbuka tersebut dan ini adalah spyshot yang dapat ditangkap sewaktu keadaan cover terbuka. 

Adakah strategi ini berjaya buat Honda? Kita nantikan 

Teruskan bersama Two Wheels!

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives