LINK, Daftar untuk ke Winter Test 2023

Two Wheels Media

 

Bagi peminat yang ingin datang ke Litar Antarabangsa Sepang pada tarikh 10-12 Februari ini, anda perlulah mengisi borang ‘Google Form’ yang telah disediakan oleh pihak SIC bagi memudahkan urusan masuk anda ke sana. Pendaftaran tersebut ialah percuma dan tiada sebarang tiket dikenakan untuk acara itu.

Sama seperti tahun lepas, pengunjung perlu mendaftar terlebih dahulu kepada pihak SIC. Hal ini bertujuan untuk memudahkan pihak pengurusan SIC merekod dan membuat analisis tentang sambutan daripada pengunjung ke acara ini. Walaupun masuk secara percuma, anda perlulah membayar tiket parking dengan harga yang tertera dibawah ini

Kepada 1000 pemegang tiket Main Granstand SepangGP yang bertuah, anda berpeluang untuk lihat pelumba dan jentera secara dekat di Pitlane pada jam 6.30pm hingga 7pm pada tarikh 10 dan 11 Februari.

Sepang MotoGP Official Test akan berlangsung pada 10 hingga 12 Februari ini. jemput datang beramai-ramai melihat aksi ini dan berpeluang melihat jentera-jentera terbaharu buat pertama kali untuk musim 2023. Link Borang ada di bawah

Link Borang Winter Test 👇🏻👇🏻👇🏻
Selepas anda mengisi borang di atas, Pihak SIC kan menghantar E-Ticket kepada anda melalui Email. Dalam E-Ticket tersebut, akan diberikan bersama-sama nombor siri tiket anda. Tiket tersebut akan menjadi tiket kita disana dan pihak SIC akan menyemak tiket tersebut sebelum masuk

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives