Pelumba Negara, Farid Badrul Hisham mempunyai rekod career sukan permotoran yang baik dan mencabar dalam sukan permotoran 2 roda. Beliau juga pernah belumba atas tiket wildcard di kejohanan MotoGP di kelas 125cc pada tahun 2011 di Sepang GP.
Pada tahun yang sama, beliau terlibat berlumba di kejohanan British National Superstock 600 Championship dengan pencapaian keseluruhan di tempat ke 44 dengan menunggang jentera Kawasaki ZX-6R.
Selepas itu beliau aktif berlumba di kejohanan ARRC bermula 2012 sehingga 2015. 2012 – 2013 beliau menggunakan jentera Yamaha R6 dengan pencapaian kedudukan ke 13 keseluruhan pada tahun 2012 dan kedudukan ke 20 pada tahun kedua.
Pada Tahun 2017, beliau aktif di kejuaraan Malaysian Superbike dan meraih juara keseluruhan pada tahun itu. Ketika itu beliau menunggang jentera BMW S1000 bersama pasukan BMW HKM Times Bike Racing Team.
Kami berharap, suatu hari nanti, kami dapat berjumpa dan berbual bersamanya dengan lebih mendalam tentang perjalanan kariernya untuk disajikan kepada anda.
Teruskan Bersama Two Wheels!