Mandalika Test : 7 Pelumba Ducati Teratas

Two Wheels Media

 

Litar baharu, Mandalika Street Circuit tidak mempunyai laluan lurus yang panjang. Jarak terpanjang adalah kira-kira 500m sahaja dan ini akan membataskan kelajuan maksimum yang boleh dicapai oleh sesebuah jentera.
Pada sesi ujian yang lepas, 7 pelumba Ducati berada di kedudukan teratas untuk rekod kelajuan maksimum. Pendahulu tidak lain dan tidak bukan ialah Johan Zarco dengan kepantasan 314.8km/j. Hanya beliau sahaja yang mencecah catatan 314. Enea dan Pecco pula mencatatkan bacaan 312km/j, Miller dan Bezzecchi 311km/j dan Marini bersama Martin dengan rekod 310km/j. 
Untuk pengetahuan semua, tiada jentera lain yang mampu mencatatkan bacaan 310 dan ke atas. Pengeluar lain yang paling hampir dengan Ducati ialah Aprilia dengan kelajuan 309km/j yang dicatatkan oleh Maverick Vinales.
Bagi yang tercorot pula ialah Yamaha melalui pelumba mereka iaitu Franco Morbidelli dengan catatan 301.6km/j. Jika dihitung secara kasar maka boleh disimpulkan perbezaan antara Ducati dan Yamaha adalah sekitar 10km/j dan itu jurang yang agak besar.
Sememangnya sudah diketahui ramai bahawa Yamaha menggunakan enjin ‘inline-4’ yang mana tidak berkuasa sebesar enjin ‘V4’ yang digunakan oleh Ducati. 
Teruskan bersama Two Wheels…!
#TwoWheels #TWmedia #TW #MGPM 🇲🇾
#Ducati #Yamaha #MotoGP
Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

Archives