AKID LEGA KEMBALI KE PODIUM
Nama Mohd Akid Aziz sememangnya tidak asing dalam arena Kejohanan PETRONAS Malaysian Cub Prix. Sejak musim 2017 lagi, nama ini sering disebut sebagai antara favorit untuk memenangi takhta kategori perdana kejohanan. Musim ini, apabila Akid mengambil keputusan berpindah dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor ke pasukan ONEXOX TKKR