MotoGP – Generasi baru bakal menyengat!
Kemenangan Binder tempohari membuktikan lagi bahawa masa depan MotoGP sentiasa cerah. Saingan kini semakin terbuka dan lebih menarik. Sesiapapun mampu menggegar podium. Anak muda seperti Fabio, Morbidelli, Brad dan Vinales merupakan pelumba professional berumur bawah 25 tahun. Tidak ketinggalan Bagnaia, Miller dan Joan Mir juga merupakan pelumba muda yang berbakat.